SOALAN: Salam ustaz. Saya bekerja sebagai jururawat dan berhijab? Apakah hukum jikalau saya masih bekerja sebagai jururawat walaupun mengetahui saya tidak dibenarkan berhijab? Suami saya membenarkan saya bekerja kerana niat untuk merawat pesakit, tetapi digalakkan untuk mencari pekerjaan yang dapat mempatuhi syariat Islam.
Kedua, apakah yang patut dilakukan jikalau doktor memberi ubat yang mangandungi Alkohol tanpa pengetahuan pesakit,tetapi saya sebagai juruwat mengetahui ubat tersebut mengandungi alkohol. Adakah saya bersubahat bersama? Terima kasih.
Salam – Anonymous, Singapore
JAWAPAN: Bagi soalan pertama: Sepertimana yang diketahui bahawa memakai hijab adalah suatu kewajipan agama bagi wanita dewasa.
Kalau sekiranya kita mampu untuk mencari pekerjaan yang lain yang membolehkan kita melaksanakan kewajipan menutup aurat dan selainnya, maka ia menjadi wajib bagi kita meninggalkan pekerjaan yang tidak membenarkan kita menutup aurat. Dan ini tidak dikira samada suami redha ataupun tidak. Sebabnya adalah ia bersangkut paut dengan hubungan kita dengan Allah.
Adapun kalau kita tidak mampu untuk meninggalkan pekerjaaan tersebut dengan sebab tidak mendapati pekerjaan yang sesuai selepas berusaha mencarinya. Dan dalam masa yang sama, kita perlu menanggung keluarga dan selainnya dengan nafkah, maka di sini ada kelonggaran dalam Islam akan tetapi mesti ada usaha terhadap mencari pekerjaan yang sesuai dan keinginan untuk mematuhi perintah Allah. Sekurang-kurangnya kewajipan yang lain seperti solat mesti dijaga walaupun dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna.Maka kita perlu lihat kepada situasi seseorang dalam perkara ini.
Nasihat kami kepada anda adalah:
Usahakan untuk mencari pekerjaan yang munasib (munasabah). Dalam masa yang sama banyakkan berdoa kepada Allah supaya mudahkan segala urusan.
Selalu meminta ampuan kepadanya atas kekurangan yang ada pada diri sendiri.
Selalu berharap kepadanya dan jangan sekali kali berputus asa.
Janganlah kecewa daripada rahmat Allah walaupun dalam keadaan maksiat kepadanya kerana ada kemungkinan hidayah Allah akan diberikan kepada kita dengan sebab sangka baik terhadapnya.
Ingatlah bahawa sekiranya Allah berkehendak untuk memberikan anda sebuah pekerjaaan yang lebih baik dan munasib, ia tidak mustahil bagi Allah walaupun manusia kesemuanya mengatakan mustahil. Maka Tawakkal kepadanya.
Yakin bahawa rezeki itu di tangan Allah.
Sebagai renungan dan perangsang daripada Al-quran, kami menukilkan ayat di bawah tentang janji Allah bagi mereka yang bertaqwa. Moga Allah memberikan yang terbaik kepada saudari dan sekalian umat Islam. Ameen.
Firman Allah dalam surah Talaq pada akhir ayat dua dan ayat tiga:
ومَنْ يَتَّقِ اللَّه يَجْعَل لَهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ على اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إنَّ اللَّهَ بالِغُ أمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلّ شَيْءٍ قَدْراً
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Bagi soalan yang kedua
Berubat dengan perkara yang haram pada asalnya tidak dibolehkan.berdasarkan dengan hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abi Dawood:
إن الله أنزل الداء والدواء، وجعل لكل داء دواء، فتداووا ولا تداووا بحرام” رواه أبو داود
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan dia menjadikan ubat bagi tiap-tiap penyakit. Maka berubatlah kamu sekalian dan janganlah berbuat dengan benda yang haram.
Akan tetapi dalam keadaan darurat, dibolehkan kita berubat dengannya. Ini berdasarkan denngan firman Allah s.w.t dalam surah al-anam:
وقد فصل لكم ما حرم عليكم إلا ما اضطررتم إليه) [الأنعام:119]
Padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya?
قال النووي في المجموع : إذا اضطر إلى شرب الدم أو البول أو غيرهما من النجاسات المائعة غير المسكر، جاز شربه بلا خلاف… إلى أن قال: وإنما يجوز التداوي بالنجاسة إذا لم يجد طاهراً يقوم مقامها، فإن وجده حرمت النجاسة بلا خلاف، وعليه يحمل حديث ” إن الله لم يجعل شفاءكم فيما حرم عليكم” فهو حرام عند وجود غيره، وليس حراماً إذا لم يجد غيره
Berkata Imam Nawawi dalam kitab Majmu’
Kalau sekiranya seorang dalam keadaan yang terpaksa (darurat) untuk meminum darah atau air kencing atau selainnya daripada perkara-perkara yang najis selain daripada perkara yang memabukkan, dibolehkan menggunakannya sebagai ubat tanpa ada perbezaan ulama tentangnya.
Imam Nawawi kemudian meneruskan-
Dan sesungguhnya dibolehkan berubat dengan najis kalau sekiranya tidak ada ubat yang suci yang sama kesan dengannya. Maka apabila ubat yang suci wujud, diharamkan berubat dengan ubat yang mengandungi najis tanpa ada perbezaan ulama.
Adapun kalau sekiranya ubat yang digunakan itu memabukkan, maka di sini ada perbezaan ulama tentang hukum menggunakannya. Dalam pendapat muktamad dalam mazhab Imam Shafiee, ia dibolehkan dengan beberapa sharat.
Doktor Mahmu Nazim anNasimi menukilkan dalam kitab beliau – Ahkam atTadawi bilMuharramat wa Mawqifil Fiqhil Islami minhu seperti berikut:
أحكام التداوي بالمحرمات وموقف الفقه الإسلامي منه : د. محمود ناظم النسيمي
القول المعتمد في المذهب الشافعي أنه يحرم التداوي بالخمر إذا كانت صرفاً(0 أي خمراً صفة وذاتاً ، غير ممزوجة أو مستهلكة) للأحاديث الواردة في ذلك منها الحديث ( إن الله لم يجعل شفاء أمتي فيما حُرم عليها ) وغيره من الأحاديث والروايات.
Pendapat yang muktamad dalam mazhab Imam Shafiee adaalah haram hukumnya berubat dengan arak (alkohol) sekiranya kandungan alcohol tersebut mencapai 100% dan ia tidak bercampur dengan bahan yang lain. Pendapat ini didasarkan kepada hadis-hadis yang diriwayatkan tentangnya seperti hadis sesunggunya Allah tidak menjadikan shifa bagi ummatku dalam perkara-perkara yang haram.
أما إذا كانت ممزوجة مع دواء أو مستهلكة مع دواء آخر ، فيجوز التداوي بها ، شأنها عندهم شأن صرف بقية النجاسات ، ولكنهم وضعوا لذلك شروطاً دقيقة ذكروها في كتبهم , وهذه الشروط هي :
Adapun kalau sekiranya ia bercampur dengan bahan yang lain seperti ubatan, maka dibolehkan berubat dengannya. Akan tetapi ada beberapa sharat yang wajib diraikan. Syarat-syaratnya seperti berikut:
1 أن يكون التداوي بأخبار طبيب مسلم عدل ، أو خبرة المتداوي ومعرفته بالدواء .
Jenis perubatan itu diberitahukan oleh seorang doctor yang beragama Islam.
2 أن يكون التداوي به متعيناً , أي عدم وجود ما يغني عنه من الطاهرات , وبمعنى آخر أن لا يكون هناك ما يقوم مقامه مما يحصل به التداوي من الطاهرات أخذا ّ بقاعدة الضرورة الشرعية.
Perubatan itu atas dasar tidak ada ubat yang lain yang suci dan dapat berfungsi sepertinya. Ini diambil daripada kaedah darurat dalam Islam.
3 أن يكون القدر المستعمل قليلاً بحيث لا يسكر.
Alat yang memabukkan hanya sedikit sahaja yang mana ia tidak boleh memabukkan.
4 أن لا يقصد المتداوي اللذة والنشوة عند تناولها.
Pesakit yang mengambil ubat tersebut tidak berniat untuk mendapatkan kelazatan apabila mengambil ubat tersebut.
Kalau sekiranya syarat-syarat ini dipenuhi maka tidak ada masalah. Akan tetapi kalau tidak, anda cuba untuk nasihatkan kepada pesakit tentangnya.
Wallahu a’lam
Contributor: Ustaz Anwar Hussain
www.AskUstaz.com