SOALAN: Assalamualaikum Ustaz,
Ada beberapa soalan tentang puasa yg ingin saya ajukan. Semoga dapat dikongsi dan bermanfaat, In sha Allah.
1) Untuk qadha puasa di waktu yg lalu, contohnya semasa Perkhidmatan Negara, bagaimana harus kita tunaikan sekiranya kita lupa jumlah hari puasa yg kita telah tinggalkan?
2) Bolehkah niat qadha puasa itu disertakan dalam puasa sunat, seperti puasa sunat Isnin & Khamis? Terima Kasih. – Anonymous, Singapore
JAWAPAN: Bagi soalan yang pertama, seandainya seorang itu lupa kadar qadha puasanya yang wajib, maka wajib ke atasnya qadha kadar yang dia pasti (yakin) telah meninggalkannya. seperti yang telah dikatakan oleh Imam Al Ramli yang disebutkan di dalam kitab ‘Bughyah Al Mustarsyidin’ :
شك في قدر فوائت عليه . قال اﻹمام الرملي : قال القفال : ويقضي ما تحقق تركه ، والصوم كالصلاة
Jawapan bagi soalan yang kedua, puasa tersebut dianggap atau dihitung kalau disertai niatnya dengan puasa sunnah seperti puasa isnin dan khamis seperti yang telah difatwakan oleh Imam Al Barizi yang disebutkan di dalam kitab ‘Hasyiah Al Turmusi’ :
وأفتى البارزي بأنه لو صام فيه قضاء أو نحوه معه حصلا ، نواه أم لا
Wallahu a’lam
Contributor: Ustaz Yasser Masni
www.AskUstaz.com