Dihidangkan Makan Semasa Puasa Sunnah – Haruskah Saya Berbuka?

SOALAN: Assalamualaikum Ask Ustaz, kalau saya puasa tiga hari 3 whitedays Sunnah.. But because on the last day, someone serve me food at their house is it permissible to break the fast? And Qada another day? Because if I’m not wrong three white days tak boleh skip and choose must continuous. Jazakallah khairan Ask Ustaz. – Anonymous, Singapore.

JAWAPAN: Waalaikumussalam wrh wbh, masalah berbuka puasa bagi puasa sunnah dibolehkan. Jika ada keuzuran seperti contoh di atas adalah dianjurkan dan ia termasuk daripada amalan sunnah sepertimana suatu kisah di dalam hadith yang diceritakan oleh Abi Sa’id: ” Aku telah memasak makanan untuk Nabi. Apabila aku menghidangkannya, seorang lelaki yang datang bersama Rasullulah berkata : Aku puasa , lantas Nabi s.a.w berkata kepadanya: saudaramu telah menjemputmu dan susah payah memasakan untukmu, berbukalah dan gantikan puasamu pada hari yang lain sekiranya kamu mahu”. Maka ia boleh digantikan kepada hari-hari yang lain dan ia menjadi qada, manakala menurut ulama juga

يجوز في صوم النفل ان يفطر ولو بدون عذر ولكن مع الكراهة، ويندب له قضاؤه

Ertinya boleh berbuka bagi puasa sunnah walaupun dengan tanpa keuzuran (akan tetapi makruh jika tanpa uzur, dan sunnah untuk menggantikannya).

Rujukan/Dalil
Hadith diriwayatkan oleh Imam Baihaqi,menurut Imam Ibnu Hajar didalam Fathul bari, sanad hasan.di nukil dari kitab tuhfah al-ahwazi bab جاء في الإفطارالصيام التطوع . Ibarat ulama di ambil dari kitab التقريرات السديدة ، مألف حسن بن احمد الكاف، bab puasa muka surat 459

Wallahu a’lam
Contributor: Ustaz Syed Muhd Omar AlKaff
www.AskUstaz.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s